Sejarah kerajaan mana-mana negara di dunia mencatatkan bagaimana Perdana Menteri dan Presidennya memacu dan mengatur pentadbiran mereka sendiri. Semasa mengangkat sumpah jawatan Perdana Menteri pada 3 April 2009 dari Tun Abdullah Ahmad Badawi, Najib memikul beban berat untuk mengetuai Barisan Nasional (BN) yang hilang majoriti dua pertiga buat pertama kali sejak 1969 dalam PRU - 2008.

Sebelum itu semasa berjawatan Timbalan Perdana Menteri, fitnah datang bertali-arus menyerangnya. Dalam tempoh-tempoh itu, fitnah dan adu domba begitu hebat dipalu dengan dibantu ‘peluru-peluru berpandu’ dari dunia siber yang baru muncul. Blog-blog dan portal-portal propembangkang agresif, bermaharajalela.

Tetapi Allah itu maha kuasa, rupa-rupanya ia hanya sekadar pembohongan jahat pembangkang.Ketika pembangkang meramalkan BN akan tumbang dalam PRU-13 setelah mengatur perancangan teliti terutama melalui slogan ‘Ini Kalilah, Jom Ubah’, Alhamdulillah Najib melepasinya.

Pembangkang bagaimanapun terus dengan perancangan licik mereka sehinggalah ke saat ini.Dengan keyakinan untuk mencatat keputusan lebih baik dalam PRU-14, ternyata Najib membuktikan beliau pemimpin yang berdaya tahan dan lasak.

Kekuatan Najib adalah kesabaran dan ketabahannya melalui segala liku termasuk difitnah berulang kali. Beliau tidak perlu menoleh ke belakang lagi.

AWANG - Menanti kejutan penamaan calon.