Syarat kerjasama itu adalah mengutamakan Islam. Begitu juga kemungkinan Pas mewujudkan blok ketiga politik. Dalam kalangan rakan Pakatan Harapan, parti mana yang bersedia memenuhi syarat itu? Adakah DAP, PKR, PAN atau PPBM?

Berdasarkan perkembangan semasa dan mengambil kira isu memperkasakan mahkamah syariah baru-baru ini, jelaslah tidak ada parti yang bersedia bersama-sama Pas kecuali UMNO. Justeru muktamar kali ini menjadi medan parti itu untuk mencatur strategi politik baharu bagi menghadapi PRU dan menentukan landskap politik negara.

Sebagai parti yang berpengalaman, kepemimpinan baharu selepas ‘pembersihan’ , Pas lebih matang dalam merangka keputusan.

Awang mengikuti dengan penuh minat muktamar kali ini untuk melihat sama ada satu keputusan konkrit dicapai dalam kalangan perwakilan bukan sahaja melibatkan Dewan Ulama, Dewan Pemuda, Dewan Muslimat, pimpinan Pas malahan seluruh anggota parti itu. Kawan dan lawan menunggu sama ada Pas akan bergerak sendirian dan tidak lagi menaruh harapan kepada DAP dan PKR.

AWANG - Teringat baju Melayu, tanjak dan keris