Ia memandangkan negara kita sudah mempunyai Dasar Pendidikan Kebangsaan yang tegas. Oleh itu adalah wajar dasar itu yang diutamakan dan bukannya memenuhi tuntutan mana-mana pihak dalam isu pendidikan.

Awang hairan kenapakah perlu ada tuntutan supaya kerajaan mengiktiraf UEC? Apakah motif tuntutan tersebut dan kenapa baharu sekarang mahu ditimbulkan?

Tidak kiralah siapapun yang menyokong tuntutan ber­kenaan, apa yang pasti UEC tidak boleh diiktiraf. Cukuplah kita sudah ada Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM). Tidak payah lagi iktiraf sijil kelulusan lain.

Awang berharap kerajaan akan bertegas dalam soal ini de­ngan tidak memberi ruang kepada tuntutan seumpama itu. Kalaupun pengiktirafan diberikan, belum tentu ia akan memberi keuntungan politik kepada kerajaan.

Awang – Tolak UEC.