Oleh itu, Awang meraikan Ramadan dengan penuh kesyukuran dan sentiasa berdoa kepada Allah SWT apa yang kita nikmati sekarang terus berkekalan. Nasib umat Islam di negara ini jauh lebih baik berban­ding saudara seagama mereka di sesetengah negara.

Ketika kita dapat melaksanakan aktiviti harian dengan tenteram, membuat persiapan berbuka dengan aman dan beribadat pada malam hari dengan tenang, ramai lagi umat Islam yang tidak menikmati semua itu. Segala-galanya kerana negara mereka dilanda konflik atau mereka adalah kelompok minoriti. Malah kita juga saban tahun menyaksikan bagaimana, ada antara mereka terpaksa berebut-rebut hanya sekeping roti sebagai juadah.

Justeru insaf dan bersyukurlah kerana kita tidak menerima nasib seperti mereka. Marilah kita bersama-sama meningkatkan ­ketakwaan kepada Allah SWT dan memperkukuhkan ukhuwah sepanjang bulan penuh keberkatan ini.

AWANG – Selamat Berpuasa.