Hayati semula titah baginda sebelum ini bahawa politik bukan sekadar memburu kuasa tetapi mencapai urus tadbir cemerlang bagi membangunkan negeri dan memenuhi aspirasi rakyat.

Diharapkan, Kerajaan Pusat dan Selangor dapat bekerjasama termasuk memuktamadkan proses pengambilalihan syarikat konsesi air yang tertangguh ini. Banyak masa dan tenaga terbuang disebabkan `pertelagahan’ berkaitan isu ini.

Dalam isu berkaitan kepentingan rakyat, keutamaan harus diberikan untuk mencari jalan penyelesaian, bukannya menggali kelemahan atau kesilapan mana-mana pihak. Sikap `tarik tali’ dalam isu ini akan menyebabkan krisis air akan berulang. Mangsanya bukan sahaja rakyat tetapi juga para pelabur.

Semua pihak perlu menghormati titah Sultan Selangor itu. Peringatan seumpama ini tidak perlu diulang-ulang.

Awang berharap, semua pihak menghentikan sikap menu­ding jari. Cukuplah penderitaan yang ditanggung sepanjang krisis bekalan air. Jangan kerana politik, keselesaan rakyat terjejas. Ingatlah isu air ini bukan sekadar melibatkan rakyat Selangor tetapi juga penduduk di Lembah Klang.

AWANG – Sering diganggu paip pecah.