Dari satu segi, tidak salah untuk Muhyiddin ­melontarkan cadangan tersebut kerana Awang memahami PPBM bercita-cita besar mahu menjadi parti dominan dalam pakatan pembangkang seperti mana UMNO dalam BN.

Tetapi malang sekali, Muhyiddin tidak melihat realiti politik pakatan pembangkang yang membuktikan DAP adalah `taiko besar’ dalam gabungan tersebut. Oleh itu, apa sahaja yang mahu dilaksana atau diputuskan mesti mendapat restu DAP.

Jauh daripada itu, Awang tidak yakin Pengerusi PPBM, Tun Dr. Mahathir Mohamad akan bersama Muhyiddin jika DAP menentang cadangan yang dikemukakan. Ini memandangkan Dr. Mahathir tidak mahu sebarang masalah dengan DAP demi mencapai cita-cita beliau menumbangkan BN.

Oleh itu, nasihat Awang kepada Muhyiddin, tanyalah Dr. Mahathir dan dapatkan restu DAP sebelum mengemukakan cadangan. Ini kerana selain hanya menjadi parti tempelan, Muhyiddin juga pasti memahami siapa lebih berpengaruh dalam PPBM dan siapa lebih berkuasa dalam pakatan tersebut.

AWANG - Dah faham perangai DAP.