Sebagai agensi yang bertanggungjawab memberi perlindu­ngan kepada masyarakat khususnya pekerja, Perkeso perlu me­lakukan sesuatu. Adakah golongan ini tidak menyedari kemudahan serta manfaat yang disediakan? Mungkin juga ada yang dengan sengaja enggan mencarum atau tidak ambil peduli.

Sesiapa pun tidak dapat menjangka apa yang akan berlaku ke atas dirinya pada masa depan tetapi persediaan perlu dilakukan bagi menghadapi sebarang kemungkinan. Melalui caruman itu, sekurang-kurangnya ada persediaan bagi meringankan beban pencarum sekiranya berlaku kemalangan yang membawa kece­deraan, hilang upaya atau kematian.

Tidak ada sesiapa pun yang mahu ditimpa bencana semasa bertugas tetapi hakikatnya, malang itu tidak berbau. Justeru, langkah terbaik adalah ‘sediakan payung sebelum hujan’.

Awang percaya selain ke­sedaran individu itu sendiri, peranan majikan, syarikat atau persatuan juga amat penting. Mereka perlu tampil memberi sokongan supaya caruman yang dikuatkuasakan sejak 1 Jun 2017 dilaksanakan sepenuhnya. Perkeso juga perlu turun padang bagi menyedarkan golongan sasar itu.

AWANG – Sudah lama mencarum.