Bagi warga Kuala Lumpur dan Putrajaya pula akan mendapat cuti pada hari Rabu sempena Hari Wilayah Persekutuan. Kepada mereka yang memandu untuk percutian ini, berhati-hatilah dan patuhi undang-undang. Ikuti nasihat pihak berkuasa.

Ingatlah operasi perangkap had laju dan kadar kompaun yang bakal dikenakan jika melanggar peraturan. Berilah kerjasama kepada pihak berkuasa yang menjalankan Op Selamat dan Op Bantu sepanjang musim perayaan ini bagi melancarkan perjalanan.

Selain bersabar dengan kehadiran banyak kenderaan di jalan raya, pemandu juga dinasihatkan lebih berhati-hati ketika kea­daan cuaca tidak menentu. Ikutilah makluman berkaitan hujan, banjir, risiko tanah runtuh dan sebagainya. Tangguh perjalanan jika perlu. Jangan jadikan percutian sesuatu yang menyedihkan.

Awang juga ingin menasihatkan mereka yang meninggalkan rumah masing-masing mengambil langkah untuk memastikan kediaman mereka ‘selamat’. Pastikan tidak ada pihak yang mengambil kesempatan sepanjang rumah tanpa penghuni. Selamat bercuti.

AWANG - Cuti penuhi jemputan kahwin