Sebab itulah Awang tidak terkejut apabila Tun Dr. Mahathir Mohamad ketika berucap di Melaka kelmarin menuduh Datuk Seri Najib Tun Razak mempergunakan Jabatan Pendaftaran Pertubuhan (ROS) bagi menghalang pendaftaran Pakatan Harapan dan menuduh Perdana Menteri akan menggunakan apa sahaja cara bagi menghalang pakatan itu menumpaskan Barisan Nasio­nal (BN) dalam PRU-14.

Dr. Mahathir sebenarnya sudah ketandusan idea dan modal politik untuk ‘menyerang’ kerajaan. Keghairahan beliau untuk menjatuhkan Perdana Menteri menyebabkan bekas Perdana Menteri itu dilihat semakin merapu dalam berhujah. Banyak fakta yang beliau bentangkan tidak betul termasuklah dalam soal ekonomi.

Sebelum ini beliau begitu yakin dengan kerjasama Pakatan Harapan akan mampu menumbangkan BN tetapi apabila me­nyedari laluan semakin sukar maka beliau cuba memberi seribu satu alasan yang sebahagian besarnya memburuk-burukkan BN.

Tetapi semua orang tahu betapa pincangnya pakatan ter­sebut. PPBM yang dipimpin oleh Dr. Mahathir masih bergelut dengan krisis dalaman manakala Pakatan Harapan itu sendiri sedang berebut kawasan untuk bertanding. Justeru kalaupun mereka kalah ia bukan salah BN tetapi itulah balasan untuk kelompok yang bekerjasama semata-mata mahu merebut kuasa!

Awang – Tahu taktik pembangkang.