Sebenarnya bagi Awang, gelombang fitnah sudah lama menghempas persada politik tanah air khususnya sejak terwujudnya Pakatan Harapan yang disertai oleh DAP, PKR, PAN dan PPBM.

Dan sudah tentulah sasaran utama fitnah mereka ialah Barisan Nasional (BN) dan UMNO. Dari semasa ke semasa ada sahaja isu yang dibangkitkan dengan tujuan memburuk-burukkan parti pemerintah. Matlamat mereka hanya satu iaitu supaya rakyat benci kepada kerajaan.

Walaupun ada isu yang mereka bangkitkan sudah dijelaskan oleh rakyat dan disahkan sebagai satu fitnah tetapi tiada keinsafan untuk mereka meminta maaf sebaliknya mereka terus de­ngan politik kotor tersebut.

Justeru seperti juga Tuan Ibrahim, Awang turut percaya gelombang fitnah akan berubah menjadi ombak besar menje­lang PRU-14. Parti-parti dalam Pakatan Harapan khususnya akan menggunakan apa juga cara untuk mencapai impian mereka menawan Putrajaya.

Oleh itu, sementara BN dan UMNO perlu bersedia menghadapi serangan fitnah berkenaan, usaha bagi mensejahterakan rak­yat perlu diteruskan. Mereka tidak perlu tergugat dengan taktik kotor pakatan tersebut kerana kebenaran tetap kebenaran.

AWANG – Benci kaki fitnah.