Semalam tangan kanannya pula dijadualkan dipotong. Di sebalik menerima qada dan qadar, siasatan menyeluruh perlu dilakukan. Pelajar ini mengadu dipukul oleh lelaki, pembantu warden madrasah tahfiz. Hasil siasatan, mendapati lelaki berkenaan pernah disabitkan dengan kesalahan mencuri dan dipenjara 30 bulan pada Mei 2014.

Fakta ini bukan bermaksud bekas banduan tidak boleh diterima bekerja tetapi pemilihan biar kena tempatnya. Dalam isu kesela­ma­­­­t­an­, semua pihak perlu lebih berhati-hati memilih kakitangannya.

Begitu juga perlu ada garis panduan bagaimana mahu menghukum pelajar supaya tidak dipertikaikan masyarakat. Niat menghukum untuk mendidik itu baik. Jika mahu ’merotan’, jangan sesuka hati menggunakan sebarang peralatan. Ketahui juga sasaran anggota badan yang bersesuaian supaya tidak mendatangkan risiko.

Awang juga berharap, tidak ada mana-mana pihak yang membuat pelbagai andaian berhubung isu ini. Di luar sana ramai yang memberi pelbagai rumusan malahan menghukum. Eloklah kita tunggu lapo­r­an ujian darah dan kesihatan bagi mengetahui punca kedua-dua kaki pelajar itu dipotong. Semoga ‘imam cilik’ ini ditempatkan dalam kalangan insan yang bertakwa dan beriman.

AWANG – Al-Fatihah untuk Thaqif