Sehubungan itu, seperti mana kata Menteri Luar Datuk Seri Anifah Aman, Malaysia tidak mahu dikaitkan dengan kenyataan berkenaan kerana ia tidak menggambarkan situasi sebenar yang sedang berlaku di wilayah tersebut.

Pada Awang, pendirian tegas tersebut membuktikan Malaysia sentiasa konsisten dalam isu penindasan dan kekejaman ke atas etnik Rohingya dan tidak akan berkompromi dengan nasib kaum tersebut yang kini sedang dibunuh secara beramai-ramai oleh ten­tera Myanmar.

Seperkara lagi Awang tidak faham kenapakah Pengerusi ASEAN tersebut boleh membuat kenyataan antara lain menyalahkan Tentera Pembebasan Rohingya Arakan (ARSA). Apakah motif beliau berhujah demikian sedangkan terang-terangan jenayah kemanusiaan sedang dilakukan oleh kerajaan Myanmar melalui tindakan ketenteraan ke atas umat Islam Rohingya.

Oleh itu, Awang percaya ketegasan Malaysia menolak ke­nyataan Pengerusi ASEAN tersebut akan dipandang tinggi oleh dunia. Ini memandangkan hanya negara yang tidak memahami erti kemanusiaan sahaja akan berkompromi dengan tindakan kejam kerajaan Myanmar.

AWANG – Kagum ketegasan Malaysia.