Pada masa sama, Awang juga mengucapkan tahniah kepada Menteri Air, Tanah dan Sumber Asli Dr A. Xavier Jayakumar yang meminta selain Perak, kerajaan negeri Pahang juga menghentikan pengeluaran permit baharu bagi penerokaan tanah untuk tujuan pembangunan serta pertanian di Cameron Highlands.

Keputusan itu adalah tepat bagi menghargai alam sekitar di kawasan tanah tinggi tersebut yang semakin rosak akibat kerakusan manusia melakukan penerokaan tanah. Awang berharap kedua-dua kerajaan negeri akan mematuhi arahan atau permintaan tersebut bagi mengelakkan tragedi lebih buruk melanda Cameron Highlands.

Selain itu, Awang juga berharap kerajaan Pusat akan menggerakkan semula Op Gading bagi memastikan mereka yang terlibat merosakkan alam sekitar di kawasan peranginan tersebut dikenakan tindakan undang-undang termasuklah menghapuskan gejala rasuah yang dikatakan menjadi punca masalah berkenaan.

Jangan biarkan mereka terlepas. Tindakan tegas perlu diambil bagi memastikan Cameron Highlands tidak terus dimusnahkan oleh tangan-tangan manusia yang tidak tahu menghargai alam sekitar.

AWANG - Tunggu Op Gading.