Isu utamanya bagi Awang ialah kita masih memberikan penarafan rendah kepada pusat tahfiz. Pusat tahfiz walaupun dianggap penting dalam kalangan masyarakat tetapi tidak diletakkan sebagai keutamaan oleh pihak berkuasa.

Pembinaan institusi pendidikan yang banyak melahirkan para ustaz, imam dan guru agama ini pun boleh dibuat secara cincai. Tak ikut peraturan pun tidak mengapa.

Apa yang Awang lihat belum ada langkah konkrit untuk menangani kelemahan ketara ini walaupun kita telah dikejutkan dengan kematian 21 pelajar pusat tahfiz Darul Quran Ittifaqiyah, di Keramat, September lalu.

Langkah-langkah yang dibuat termasuk membaiki pendawaian elektrik oleh sukarelawan hanya bersifat sementara. Yang lebih membimbangkan banyak pusat tahfiz juga tidak berdaftar.

Sudah sampai waktunya semua pihak terutama Ja­ba­­tan­ Kemajuan Islam Malaysia, majlis agama Islam ne­geri dan ahli politik mengambil langkah segera kera­na­ pusat tahfiz juga melambangkan agama Islam.

AWANG - Sedih melihat premis kebanyakan pusat tahfiz.