Bagaimana anda tahu mengenai SEBENARNYA.MY?

Logo Kaji Selidik Pembaca

Bagaimana anda tahu mengenai SEBENARNYA.MY?

Bagaimana anda tahu mengenai SEBENARNYA.MY?




Sila respon kepada soalan di atas untuk menutup skrin ini

Show result

BISIK-BISIK AWANG SELAMAT - 26 OGOS 2017

SEJAK beberapa hari ini Awang dihujani banyak permintaan daripada rakan-rakan untuk mendapatkan tiket acara bola sepak Malaysia menentang Indonesia. Sungguh, semangat untuk menyaksikan saingan separuh akhir malam ini begitu membara.

Sejak tengah hari semalam pun, peminat sukan itu sanggup ­beratur panjang untuk membeli tiket di Stadium Shah Alam. Barangkali ini ada kaitan dengan kejayaan Malaysia tidak pernah kalah dalam empat perlawanan sebelum ini.

Walau apapun semangatnya, harapan Awang cuma satu. Kalah atau menang, biarlah perlawanan sesama jiran tetangga ini berlangsung dalam semangat kesukanan yang tinggi. Awang pun faham `perang emosi’ yang masih hangat di media sosial antara rakyat kedua-dua negara berikutan kesilapan mencetak bendera Indonesia dalam buku acara.

Isnin lalu pula, dua penyokong bola sepak Myanmar cedera dipukul selepas berakhirnya perlawanan yang menyaksikan Malaysia menang 3-1 ke atas negara itu. Insiden seperti ini benar-benar membimbangkan.

Insiden keganasan seperti itu ditakuti berulang kerana kita tahu penyokong Indonesia juga terkenal dengan sikap keras dan fanatik­nya. Tambahan pula, perlawanan ini dijangka sengit kerana kedua-dua pasukan mempunyai kekuatan yang seimbang.

AWANG – Ada tiket final.

Artikel Berkaitan
Video Pilihan
Artikel Lain