Awang tidak tahu apa kesudahan episod yang memualkan ni, tetapi apa yang pasti rakyat sudah bosan kerana terlalu banyak drama politik sejak Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14).

Namun begitu Awang berharap, krisis itu dapat diselesaikan segera kerana agenda yang lebih penting adalah untuk melaksanakan program bagi membela nasib rakyat bukannya untuk memastikan mana-mana individu menjadi Menteri Besar.

Kalau susah-susah sangat serah kembali kepada rakyat untuk membuat pilihan sekali lagi dalam pilihan raya. Lagipun pemim­pin-pemimpin BN di Perlis begitu bangga dengan kemenangan majoriti dua pertiga sebelum ini.

Tetapi soalnya, wajarkah tindakan itu dilakukan hanya semata-mata disebabkan kemahuan dan agenda politik individu tertentu tidak tercapai? Bagaimanapun, Awang menyerahkan kepada kebijaksanaan pucuk pimpinan BN menyelesaikan kemelut ini de­ngan meletakkan kepentingan rakyat mengatasi segala-galanya.

AWANG – Bosan tengok drama politik.