Pendekatan baharu itu sekiranya dilaksanakan akan dapat me­ngenal pasti calon penjawat awam yang berpotensi terlibat rasuah dari peringkat awal. Langkah memperkenalkan penggunaan po­ligraf atau alat uji bohong itu juga secara tidak langsung akan memulihkan kepercayaan masyarakat terhadap sektor awam.

Kita maklum integriti 1.6 juta penjawat awam kini tercemar gara-gara penglibatan segelintir pegawai dan anggotanya dengan rasuah, lebih-lebih lagi apabila berlaku tangkapan demi tangkapan oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) ke­belakangan ini.

Justeru Awang awal-awal lagi ingin mengucapkan syabas atas kesediaan kerajaan menimbangkan penggunaan poligraf sebagai satu usaha mencegah gejala rasuah daripada terus membarah dalam sektor awam. Dalam berhadapan dengan apa jua penyakit, mencegah adalah lebih baik daripada mengubati.

Awang percaya dengan memilih hanya mereka yang lulus ujian poligraf menyertai kerajaan, sektor awam dapat ‘dibersihkan’ secara perlahan-lahan sehingga mencapai sasaran sifar rasuah.

AWANG – Bersedia jalani ujian.