Pernahkah anda melayari portal SEBENARNYA.MY

Logo Kaji Selidik Pembaca

Pernahkah anda melayari portal SEBENARNYA.MY ?

Pernahkah anda melayari portal SEBENARNYA.MY ?




Sila respon kepada soalan di atas untuk menutup skrin ini

Show result

BISIK-BISIK AWANG SELAMAT - 26 JULAI 2017

ADA yang bersikap sinis terhadap Ikrar Bebas Rasuah oleh Polis Diraja Malaysia (PDRM) yang dilakukan serentak oleh kontinjen pasukan itu di seluruh negara, Isnin lalu. Mereka pesimis sasaran sifar rasuah dalam PDRM boleh dicapai.

Awang faham punca ketidakyakinan mereka. Memang sukar untuk memperbetulkan persepsi dan prasangka negatif masyarakat terhadap perbuatan rasuah dalam pasukan itu. Jus­teru sesuatu perlu dilakukan untuk membuang gejala mahupun tanggapan negatif itu dan salah satunya ialah melalui ikrar ini. Perakuan ini selepas penubuh­an Jabatan Integriti dan Pematuhan Standard (JIPS) adalah iltizam baharu PDRM yang perlu disokong semua pihak.

Awang percaya ikrar berkenaan bakal menjadi pemacu iltizam pasukan itu untuk bergerak ke tahap integriti yang lebih tinggi setara dengan rakan-rakan mereka ter­utamanya di negara maju.

Benar, bukanlah mudah untuk melaksanakan perakuan dalam ikrar tersebut. PDRM terutamanya pengurusan kanan perlu terlebih dahulu memastikan ikrar yang dilafazkan bukan sekadar retorik mahupun gimik. Mereka mesti benar-benar terlihat dan kelihatan melaksanakan ikrar tersebut.

AWANG – Optimis PDRM Boleh!

Artikel Berkaitan
Video Pilihan
Artikel Lain