Rakyat pula semakin keliru dengan pelbagai jawapan oleh kerajaan DAP Pulau Pinang yang didakwa mengelirukan. Begitu juga dengan kenyataan serta persoalan yang dibangkitkan oleh parti-parti politik di negeri itu.

Semalam, Pemuda Barisan Nasional (BN) Pulau Pinang memohon jasa baik Konsulat Jeneral China Pulau Pinang untuk menghubungi wakil syarikat China Railway Construction Corporation (CRCC) berhubung projek terowong dasar laut dan tiga lebuh raya bernilai RM6.3 bilion.

Mungkin ini salah satu pendekatan yang baik supaya rakyat di negeri itu khususnya mendapat gambaran sebenar. Sudah ba­nyak isu yang timbul akibat projek ini dan pemimpin politik yang mewakili suara rakyat inginkan penjelasan.

Awang percaya selaras dengan pentadbiran cekap, akauntabiliti dan telus (CAT), pimpinan negeri itu tidak takut untuk menjelaskan kedudukan sebenar. Usah berdolak dalik dan menuding jari kepada orang lain. Kerajaan negeri tidak perlu menyembunyikan sebarang fakta jika mereka berada di pihak yang betul. Bentangkan kedudukan sebenar.

AWANG - Tunggu hasil siasatan SPRM.