Bertindaklah tanpa memilih ‘jerung’ atau ‘bilis’. Tindakan seumpama ini diharap dapat memberi peringatan kepada orang ramai bahawa tindak-tanduk mereka sentiasa dalam pemerhatian dan mengelak daripada menjerumuskan diri dalam kegiatan rasuah.

Berkaitan dengan rasuah juga, kita perlu berusaha memperbaiki kedudukan dalam Indeks Persepsi Rasuah (CPI). Semalam, Malaysia diletakkan di tangga ke-55 daripada 176 negara dalam CPI 2016. Negara mencatat skor 49 daripada 100 berada di belakang Singapura di tangga ketujuh dan Brunei (ke-41). Masih banyak yang perlu dilakukan untuk memperbaiki kedudukan ini.

Bukan mudah membasmi rasuah kerana ia melibatkan pelbagai golongan sama ada yang berjawatan tinggi atau sebaliknya. Aktiviti rasuah juga datang dalam pelbagai bentuk.

Awang percaya, kerajaan bersungguh-sungguh untuk membasmi rasuah tetapi tidak mampu diselesaikan dalam tempoh yang singkat. Isu global ini ada di mana-mana, cuma yang membezakannya sama ada banyak atau sedikit serta kekerapan aktiviti rasuah.

Semua pihak perlu mempunyai keazaman untuk memerangi rasuah. Pemberi jangan memberi, penerima pula jangan meminta. Bak kata orang, bertepuk sebelah tangan tidak akan berbunyi.

AWANG - Tunggu perkembangan terkini