Mungkin Saifuddin mahu keempat-empat mereka memberikan pandangan bersesuaian dengan pendirian dan keputusan kerajaan, tetapi tidak perlulah sampai melabelkan golongan akademik begitu sekali.

Beliau sepatutnya bersikap terbuka dalam soal ini. Apatah lagi Awang yakin Majlis Raja-Raja bukan membuat keputusan berdasarkan pandangan empat pensyarah itu sahaja, pihak lain juga dijemput untuk memberikan pendapat dan hujah.

Oleh itu Awang fikir, sebagai seorang berpelajaran tinggi dan dilihat mempunyai integriti tersendiri, tidak ada salahnya jika Saifuddin berjiwa besar dengan memohon maaf kepada mereka atas keterlanjuran yang berlaku.

Tiada apa yang mahu dimalukan kerana biasalah manusia sering tersalah cakap dan apabila kata-kata itu sudah menyinggung perasaan orang lain, bersikap terbukalah untuk memohon maaf, ini juga ciri-ciri pemimpin yang baik.

AWANG - Sentiasa minta maaf.