Namun begitu apa yang menarik perhatian Awang adalah bantahan ahli-ahli gabungan itu terhadap calon-calon yang berpindah kawasan dan penentangan terhadap penggunaan logo PKR oleh Tun Dr. Mahathir Mohamad.

Bagi Awang bantahan dan penentangan tersebut adalah manifestasi wujudnya kesedaran dalam kalangan ahli gabungan ber­kenaan bagaimana pemimpin-pemimpin yang mereka sanjung hakikatnya cuba mempermainkan mandat rakyat.

Bayangkan setiap kali pilihan raya mereka berpindah kawasan dan meninggalkan kawasan yang sebelum ini ditandingi selepas mencapai kemenangan. Perkhidmatan entah ke mana, yang me­reka tahu ialah berpolitik sepanjang masa.

Oleh itu, Awang berharap rakyat akan menilai sikap gabungan pembangkang PKR ini. Apakah layak untuk mereka diberi mandat memerintah negara, kalau dalam parti sendiri pun berkecamuk dan rakyat hanya menjadi alat untuk mendapat undi bagi membolehkan mereka berkuasa?

AWANG – Tak sabar mengundi.