Alasan yang beliau berikan agak dangkal kerana pesta itu ditentang oleh umat Islam kerana mencemarkan kedudukan Islam sebagai agama rasmi Persekutuan.

Kalaupun Mohamed Azmin mahu bertolak ansur tetapi janganlah melampau. Bagi Awang, sekadar memberikan syarat bahawa penganjur perlu mematuhi peraturan adalah tidak memadai.

Pokok pangkalnya pesta itu tidak harus dibenarkan sama sekali, apatah lagi Ketua Polis Negara, Tan Sri Mohamad Fuzi Harun sudah memberi amaran terhadap kemungkinan ancaman pengganas jika pesta itu diteruskan.

Mohamed Azmin tidak perlu melatah jika keputusan beliau itu menyebabkan beliau dianggap tunduk dengan desakan pemimpin-pemimpin DAP yang sebelum ini membantah keras pembatalan pesta itu di Kuala Lumpur.

AWANG – Geleng kepala.