Awang boleh mengagak jawapannya. Rupa-rupanya betul, Exco Kerajaan Pulau Pinang, Chow Kon Yeow pun mengaku bahawa projek itu tidak mendapat kelulusan Jabatan Alam Sekitar (JAS) negeri.

Alasan utama JAS menolak projek itu sebagaimana turut dinyatakan oleh pakar dan persatuan pencinta alam ialah projek kerajaan negeri tersebut terlalu hampir dengan kawasan operasi kuari iaitu kira-kira 169 meter.

Rupa-rupanya kerajaan negeri ada standard sendiri dalam meluluskan projek pembangunan termasuk projek sensitif di lereng bukit. Mereka tidak bergantung kepada kepakaran JAS iaitu agensi di bawah Kerajaan Persekutuan. Keputusan dibuat berdasarkan penilaian lebih 20 agensi teknikal lain menerusi Jawatankuasa Pusat Setempat pihak berkuasa tempatan (PBT).

Kali ini kerajaan negeri tidak boleh mengelak. Benar, kerajaan negeri boleh menuding jari kepada pemaju kerana cuai atau faktor alam. Untuk kes ini, apa yang Awang boleh nyatakan kerajaan negeri tidak boleh lagi melarikan diri daripada bertanggungjawab.

AWANG - Tercium bau keangkuhan.