Siasatan ini amat penting bagi mengetahui kedudukan sebenar dan bagi mengelakkan wujudnya pelbagai tafsiran serta persepsi terhadap LHDN dan kerajaan terdahulu.

Bagaimanapun kalau betul siasatan dijalankan, Awang berharap semua pihak akan menghormati undan-undang. Janganlah membuat kenyataan berunsur politik kerana ia boleh mengganggu siasatan.

Ketika inipun sudah ada kesimpulan dibuat kononnya wang tersebut diseleweng. Awang bukannya mahu menyokong sesiapa.

Salah tetap salah tetapi keadilan perlu diberikan kepada semua pihak. Biarlah siasatan yang menentukan.

Awang tahu memang seronok bila kita ada kuasa, kita seolah-olah boleh bercakap apa sahaja tetapi berhati-hatilah terutamanya dalam isu seperti LHDN. Ia adalah isu berkaitan rakyat. Kalau ada mana-mana pihak begitu mudah membuat tuduhan, Awang bimbang ia boleh mencetuskan kemarahan rakyat.

Oleh itu adalah lebih baik jika perkara itu diserahkan kepada pihak polis bagi menentukan apa sebenarnya berlaku. Polis pula janganlah teruja sangat untuk membuat kenyataan media sebelum siasatan selesai namun Awang percaya polis kita profesional dalam menjalankan tugas mereka.

AWANG – Tunggu hasil siasatan.