Pernahkah anda dengar tentang SEBENARNYA.MY

Logo Kaji Selidik Pembaca

Pernahkah anda dengar tentang SEBENARNYA.MY ?

Pernahkah anda dengar tentang SEBENARNYA.MY ?




Sila respon kepada soalan di atas untuk menutup skrin ini

Show result

BISIK-BISIK AWANG SELAMAT - 25 OGOS 2017

ISU haiwan korban semakin mahal timbul lagi. Yang Awang masih ingat, inilah yang dibangkitkan setiap kali menjelang Hari Raya Aidil­adha.

Awang diberitahu harga haiwan ternakan terutama kambing dan lembu kini melambung RM800 hingga RM1,000 satu bahagian. Ini jauh berbeza dengan harga lima tahun lalu dalam lingku­ngan RM300 hingga RM500 sahaja.

Puncanya kerana haiwan korban ini diimport, sebahagian besarnya dari Thailand. Apabila permintaan tinggi, ditambah pula dengan kadar tukaran asing ringgit yang rendah, tentulah harganya melambung tinggi.

Selama bertahun-tahun kita masih gagal mengatasi masalah ini walaupun pelbagai cara telah dilakukan. Dakwaan yang biasa didengar ada pihak yang dikuasai oleh kartel sengaja ’mensabotaj’ industri ternakan negara yang nilainya berbilion ringgit ini.

Awang lihat daripada senario yang berlaku sekarang, perlu diakui pihak yang menguruskan industri ternakan atau daging selama ini telah gagal. Jika Thailand, negara tetangga mampu, mengapa kita tidak?

Barangkali rombakan besar-besaran atau kaedah pengurusan baharu perlu segera dilaksana untuk mengatasi masalah ini secara menyeluruh.

AWANG - Hanya mampu geleng kepala.

Artikel Berkaitan
Video Pilihan
Artikel Lain