Tindakan PDRM itu seperti mana diumumkan oleh Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar menunjukkan keseriusan pasukan tersebut dalam memastikan segala elemen rasuah dan salah guna dapat dihapuskan.

Awang yakin sedikit sebanyak langkah itu akan menaikkan semula semangat sebahagian besar lagi pegawai dan anggota PDRM yang mungkin ketika ini agak menurun berikutan penangkapan beberapa pegawai kanan pasukan tersebut sejak kebelakangan ini.

Apapun adalah diharapkan masyarakat akan terus memberi sokongan kepada PDRM sebagai benteng keselamatan negara. Jangan memandang serong kepada pasukan tersebut hanya di­sebabkan segelintir antara mereka yang melakukan rasuah dan salah guna kuasa.

Namun begitu Awang berharap ‘operasi pembersihan’ tersebut akan terus dilakukan kerana kita mahu memastikan sebarang elemen tidak sihat dalam PDRM dapat dihapuskan sama sekali demi kebaikan rakyat dan negara.

AWANG – Tetap bersama PDRM.