Mungkin tiada siapapun akan terfikir sehingga ke tahap itu SPRM bertindak semata-mata bagi membanteras aktiviti pelacuran yang berselindung di sebalik rumah urut dan dilindungi oleh anggota penguat kuasa yang sanggup menjamah wang haram demi untuk hidup mewah.

Kesungguhan dan kegigihan SPRM itu luar biasa. Bukan mudah untuk melaksanakan operasi sulit itu. Awang tidak pasti siapa yang menjadi tukang urutnya, tetapi apa yang pasti ia dilaksanakan selama empat bulan melibatkan pegawai-pegawai terlatih.

Semua itu tidak mungkin akan dilakukan oleh SPRM jika tiada pengkhianat dalam agensi penguat kuasa, malah SPRM juga tidak perlu bersusah payah jika ada yang bersedia memberi maklumat.

Tetapi itulah cabaran SPRM. Oleh itu Awang berharap masyarakat bersedia bersama SPRM dalam soal tersebut. Jangan biarkan SPRM bersendirian.

AWANG - Tahniah SPRM!