Awang sendiri mempunyai ramai kawan dalam pasukan tersebut. Macam-macam mereka ceritakan sepanjang menjalankan tugas. Ada yang sedih, ada yang gembira, tetapi yang pasti mereka tetap bersemangat untuk berkhidmat kepada rakyat dan negara.

Namun begitu Awang tetap berpendapat, sebagai menghargai jasa dan pengorbanan mereka, kerajaan perlu terus berusaha me­ningkatkan kemudahan untuk pasukan tersebut. Tidak kisahlah sama ada untuk kehidupan mereka bersama keluarga mahupun ketika menjalankan tugas.

Langkah itu penting kerana segala yang kita nikmati sekarang adalah hasil pengorbanan pasukan keselamatan berkenaan. Tidak kira sama ada segi politik, ekonomi mahupun sosial, kita tidak akan menikmati semuanya itu jika negara berada dalam keadaan huru-hara dan kegiatan jenayah berleluasa. Justeru tiada salahnya jika pasukan polis diberikan penghargaan khas atas segala jasa dan bakti mereka.

Awang yakin perkara itu sentiasa dalam perhatian kerajaan khususnya Kementerian Dalam Negeri. Walaupun Awang percaya, pegawai serta anggota polis sentiasa berkhidmat dengan ikhlas demi bangsa, agama dan negara tetapi pengorbanan mereka perlu dihargai melalui insentif-insentif tertentu bagi menyuntik semangat.

Awang – Selamat Hari Polis