Ikrar itu diharap akan disusuli dengan tindakan bersungguh-sungguh PDRM menangani gejala rasuah. Tidak dinafikan sebelum ini ada kedengaran pelbagai tuduhan terhadap anggota pa­sukan itu termasuk rasuah dan salah guna kuasa. Bagi mencapai matlamat itu, sudah tentu pelbagai langkah diambil oleh PDRM.

Di samping tindakan disiplin, apa yang penting ialah komitmen anggota. Keikhlasan dan kejujuran semasa menjalankan tanggungjawab sebagai penguat kuasa undang-undang amat penting. Tunjukkan kesungguhan dan keseriusan supaya IBR bukan sekadar ikrar tetapi tindakan.

Hakikatnya, PDRM sudah pun mempunyai Jabatan Integriti dan Pematuhan Standard (JIPS) yang akan turut memainkan pe­ranan memastikan integriti setiap pegawai dan anggota PDRM mencapai tahap tertinggi.

Awang berharap, IBR akan menjadi peringatan kepada bukan sahaja anggota polis tetapi masyarakat yang berurusan dengan pasukan ini. Kedua-dua pihak ini sama-sama bertanggungjawab untuk menangani rasuah dan salah guna kuasa. Jangan beri atau terima rasuah. Inisiatif SPRM ini perlu disokong oleh semua pihak .

AWANG – Tunggu IBR kerajaan Pulau Pinang