Pernahkah anda dengar tentang SEBENARNYA.MY

Logo Kaji Selidik Pembaca

Pernahkah anda dengar tentang SEBENARNYA.MY ?

Pernahkah anda dengar tentang SEBENARNYA.MY ?




Sila respon kepada soalan di atas untuk menutup skrin ini

Show result

BISIK-BISIK AWANG SELAMAT - 25 JANUARI 2017

AWANG turut bersimpati dengan mangsa banjir di beberapa negeri ketika ini. Situasi sekarang pelbagai. Ada yang terpaksa berpindah, tidak dapat menjalani aktiviti harian dan sekolah terpaksa ditutup. Tidak kurang juga ada mangsa yang dibenarkan pulang ke rumah masing-masing selepas banjir surut.

Walaupun keadaan masih terkawal tetapi setiap orang harus peka dengan situasi semasa. Dalam keadaan cuaca yang tidak menentu disebabkan Monsun Timur Laut belum berakhir dan hujan masih berterusan, pelbagai kemungkinan boleh berlaku.

Bukan setakat banjir tetapi tanah runtuh dan mendapan juga boleh berlaku. Justeru berhati-hatilah dalam keadaan cuaca hari ini supaya tidak terperangkap dalam sebarang bencana. Jangan ambil mudah dengan ancaman banjir.

Kepada penduduk yang sering menghadapi banjir, sudah tentu mereka lebih bersedia untuk dipindahkan pada bila-bila masa apabila diarahkan berbuat demikian. Tidak perlu memberi pelbagai alasan. Utamakan keselamatan diri dan keluarga.

Awang juga berharap, pusat pemindahan banjir lebih bersiap sedia dengan pelbagai kemudahan yang sewajarnya. Begitu juga dengan pasukan penyelamat yang dilengkapi dengan pelbagai peralatan dan boleh memberi bantuan pada bila-bila masa.

Kepada rakyat Malaysia, ringankan tangan untuk menghulurkan bantuan bagi meringankan beban mangsa banjir terutama yang mengalami kerosakan harta benda, kemusnahan tanaman dan ternakan. Semoga kita dapat meringankan beban mereka.

AWANG - Harungi banjir hulur bantuan

Artikel Berkaitan
Video Pilihan
Artikel Lain