Kini kita menunggu tarikh penting penamaan calon Sabtu ini sebelum hari mengundi pada 9 Mei. Rasanya calon yang diumumkan sudah muktamad walaupun tidak dinafikan sebarang kemungkinan boleh berlaku.

Awang bersyukur setakat ini tiada insiden yang boleh mengganggu gugat proses demokrasi lima tahun sekali ini. Awang percaya Malaysia boleh melalui hari-hari penting ini dengan jayanya.

Raikan pilihan raya umum ini dengan semangat untuk menjadikan Malaysia lebih hebat. Itupun tujuan pilihan raya ini untuk mendapatkan mandat rakyat.

Cuma Awang mahu mengingatkan dalam suasana kempen yang semakin hangat ini dengan masing-masing calon menaruh harapan untuk menang, bertandinglah secara budiman dan mengikut lunas undang-undang.

Awang lihat sebagaimana yang berlaku sejak beberapa tahun ini sebaran maklumat berbentuk fitnah terus berleluasa. Kawallah diri agar tidak ikut menyebar maklumat tidak benar.


AWANG – Tolak calon sebar fitnah.