Bagaimana anda tahu mengenai SEBENARNYA.MY?

Logo Kaji Selidik Pembaca

Bagaimana anda tahu mengenai SEBENARNYA.MY?

Bagaimana anda tahu mengenai SEBENARNYA.MY?




Sila respon kepada soalan di atas untuk menutup skrin ini

Show result

BISIK-BISIK AWANG SELAMAT - 24 OGOS 2017

Selepas empat hari pembukaan Sukan SEA Ke-29 Kuala Lumpur 2017 (KL2017), Sabtu lalu Awang dapat rasakan peristiwa itu semakin tidak mustahil untuk menjadi kenyataan. Peristiwa itu ialah Malaysia dinobatkan sebagai juara KL2017.

Selepas banyak kejayaan dicatat yang bukan sekadar atas faktor kelayakan tetapi semangat pemain, gelaran juara itu ­terasa semakin hampir. Lihat sahaja betapa bersemangatnya sebagai contoh pasukan ragbi, bola jaring dan bola sepak negara.

Sama ada di stadium atau di depan televisyen, kita dapat saksikan semangat juang atlet-atlet sepenuh jiwa dan raga selain sorakan penyokong yang tiada henti. Suasananya sukar digambarkan. Kejayaan atlet-atlet Bangkit Bersama ini diraikan oleh sorakan dan juga air mata rakyat Malaysia.

Awang dapat rasakan KL2017 kali ini benar-benar menyihir rakyat Malaysia. Ditambah pula kejayaan Khairul Hafiz Jantan malam kelmarin meraih ibu pingat sukan olahraga iaitu emas acara pecut 100m. Ini sudah tentu menjadi pembakar semangat atlet lain.

Ikut kiraan Awang negara mana menjadi juara KL2017 dapat diketahui selewat-lewatnya pada 29 Ogos, sehari sebelum temasya itu ditutup. Pada hari itu, 60 acara pingat emas ditawarkan manakala 7 acara pingat emas pada hari terakhir.

AWANG – Dapat semangat baharu daripada KL2017

Artikel Berkaitan
Video Pilihan
Artikel Lain