Tiga komponen PPSR yang lain ialah pentaksiran bilik darjah; pentaksiran aktiviti jasmani, sukan dan kokurikulum; serta pentaksiran psikometrik. Jelaslah PPSR turut memberi perhatian terhadap tahap kecergasan dan kesihatan. Dalam hal ini, apa yang membimbangkan ialah laporan PPSR berkaitan Indeks Jisim Badan (BMI).

Perangkaan menunjukkan, seramai 58,294 murid mempunyai berat badan berlebihan manakala 56,584 berisiko berat berlebihan. Isu ini perlu diberi perhatian kerana obesiti boleh memudaratkan kesihatan dan punca pelbagai penyakit apabila mereka dewasa kelak.

Masalah ini perlu ditangani segera dan ia harus bermula di rumah dengan melibatkan ibu bapa. Pastikan anak-anak mendapat makanan yang seimbang.

Awang percaya, amalan pemakanan tidak sihat dan kurangnya aktiviti fizikal mendorong kepada kegemukan. Luangkan masa untuk bersama anak-anak melakukan aktiviti fizikal dan sukan. Begitu juga dengan peranan pihak sekolah untuk memastikan pengendali kantin mematuhi garis panduan makanan sihat yang telah ditetapkan.

AWANG – Jalan 1000 langkah ke sekolah.