Menurut laporan itu, kekurangan rumah mampu milik dianggarkan berjumlah 960,000 unit pada 2014 dan jumlah itu dijangka meningkat kepada satu juta unit menjelang 2020. Berdasarkan trend pendapatan dan faktor demografi semasa, permintaan rumah mampu milik masih tinggi pada masa hadapan.

Dalam hubungan ini, semua pemaju sama ada yang mewakili kerajaan atau swasta perlu menggembleng tenaga untuk membina lebih banyak rumah mampu milik bagi memenuhi permintaan orang ramai.

Janganlah disebabkan mahu mengejar keuntungan segera, pemaju terlalu ghairah membina rumah mewah yang hakikatnya di luar kemampuan isi rumah. Akibatnya sebahagian besar rumah ini tidak dapat dijual seperti dilaporkan.

Awang juga berharap semua pihak memberi perhatian terhadap langkah-langkah yang dicadangkan oleh BNM bagi menangani isu rumah ini. Langkah itu termasuk mengurangkan kos berkaitan pembangunan perumahan. Begitu juga pelaksanaan penjimatan kos dan teknologi yang dapat meningkatkan produktiviti, mempercepat masa menyiapkan rumah dan menambah bilangan unit .

AWANG – Mancari rumah impian