Adalah tidak wajar jika kementerian tidak diwakili menteri atau timbalannya walaupun tidak ada soalan dikemukakan. Tunjukkan kepada rakyat bahawa mereka serius mengambil bahagian setiap kali persidangan, bukan hadir sekadar untuk menjawab soalan atau memanaskan kerusi dan mengesahkan kedatangan.

Tidak dinafikan, persidangan Dewan Rakyat boleh didengar melalui siaran langsung televisyen, Facebook, membaca hansard atau mendapat maklumat daripada pegawai-pegawai bertugas. Bagaimanapun adalah lebih baik mereka menunjukkan kehadiran yang tinggi. Jika tidak dapat hadir, berilah alasan yang sewajarnya.

Rakyat kini memberi fokus kepada persidangan itu bukan sahaja kerana perubahan pentadbiran tetapi harapan mereka untuk melihat semangat baharu wakil rakyat. Berilah perhatian terhadap teguran Dr. Mahathir itu.

Awang berharap, langkah menukarkan mesyuarat Kabinet kepada hari Jumaat semasa Dewan Rakyat bersidang seperti amalan kerajaan Barisan Nasional (BN) terdahulu dapat meni­ngkatkan kehadiran mereka. Sebagai menteri dan timbalan menteri baharu, mereka perlu membiasakan diri dengan pe­ranan yang tidak lagi sama seperti ketika menjadi pembangkang.

AWANG – Cuti Jumaat, kerja Ahad.