Sebaliknya tumpukan kepada pembangunan ekonomi negara demi kesejahteraan rakyat.

Takkanlah nak masuk Tahun Baharu 2019, PH masih terus berpolitiking. Anda sudah dapat kerajaan, buatlah kerja. Kalau tidak boleh tunaikan hampir 70 peratus janji-janji dalam manifesto tempoh hari, jalankanlah tugas sebagai kerajaan berwibawa.

Janganlah asyik wujud blame game dengan anda tidak dapat tunaikan janji, menuduh pula ekonomi negara dalam keadaan yang teruk.

Rakyat sedang memerhati prestasi PH. Kalau ada sebilangan menteri yang perlu `disekolahkan’ semula, lakukan.

Awang akui semasa pentadbiran kerajaan yang lepas, rakyat tidak begitu terasa sangat dengan situasi ekonomi Malaysia yang dikatakan gawat hari ini. Kalau ekonomi Malaysia teruk, masakan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) kita sebelum Pilihan Raya Umum ke-14 dalam lingkungan enam peratus manakala rizab negara melebihi RM400 bilion.

Takkanlah negara ini dikategorikan oleh agensi penarafan dunia mendapat A-table. Pertumbuhan ekonomi waktu itu diiktiraf Bank Dunia, Dana Kewangan Antarabangsa dan Pertubuhan Perdagangan Sedunia (WTO).

Tetapi dengan menafikan ini semua sebagai alasan tidak mampu tunaikan janji atau sengaja mencetus `ribut dalam cawan (PH)’, Awang khuatir ini akan memberi isyarat yang tidak baik kepada pelabur luar yang sedia ada di negara ini.

AWANG - Pemerhati tegar PH.