Statistik kementerian itu menunjukkan jenayah siber tidak boleh dipandang ringan. Dari semasa ke semasa, ia semakin meningkat dan seolah-olah sudah menjadi ancaman terbaru kepada rakyat.

Dalam soal ini, Awang berpendapat, orang ramai perlu lebih berhati-hati kerana pada zaman serba moden sekarang, penjenayah pun sudah semakin licik. Apa sahaja cara yang boleh membuka jalan kepada mereka untuk melakukan jenayah pasti tidak akan dilepaskan.

Bagaimanapun bagi Awang, ada sesetengah kes mungkin boleh dianggap di luar kawalan seseorang tetapi ada setengah kes pula menunjukkan orang ramai sendiri sengaja cari pasal seperti kes love scam, contohnya.

Oleh itu Awang berpendapat, satu kempen secara besar-besaran perlu dilaksanakan bagi membanteras jenayah siber ini. Jumlah kerugian yang berlaku tidak boleh dibiarkan meningkat dari semasa ke semasa.

Sesuatu perlu dilaksanakan bagi memastikan orang ramai tidak terperangkap dengan jenayah siber yang lambat laun boleh memporak-perandakan masyarakat.

Awang – Sentiasa berhati-hati