Tetapi begitulah resam politik yang penuh dengan seni kemungkinan. Apa yang diri dan penyokong inginkan tidak semestinya sama dengan apa yang pimpinan tertinggi rancang atau fikirkan.

Sebab itu, Awang rasakan adalah lebih elok pemimpin kecewa yang tidak dicalonkan ini didekati. Jangan jauhi mereka kecuali yang sudah benar-benar berpatah arang.

Calon baharu juga sepatutnya merendahkan ego agar tidak meminggirkan pemimpin lama. Kekecewaan mahupun luka perlu segera diubati.

Dalam konteks UMNO dan Barisan Nasional (BN), kerjasama semua pihak terutama sesama ahli parti begitu penting untuk meraih kemenangan. Berbanding parti lain, kejayaan BN banyak bergantung kepada kekuatan jentera parti.

Jangan remehkan kekecewaan dan dibiarkan berlarutan apatah lagi sehingga ke tahap mensabotaj parti. Bukalah pintu rundingan seluas-luasnya.

AWANG – Sentiasa ada jalan.