Sudah tentu pada hari cuti sempena Istiadat Pertabalan Yang di-Pertuan Agong XV, Sulan Muhammad V hari ini, lebih ramai akan mengambil kesempatan bersama keluarga ke pameran itu bagi meninjau pelbagai maklumat berkaitan pelaburan.

MSAM bukan sahaja mendekatkan diri penduduk di daerah itu mengenali lebih dekat peluang pelaburan tetapi juga kesannya turut dirasai oleh para peniaga sekitarnya. Dalam erti kata lain peluang dalam sektor berkaitan pelancongan.

Sesuatu yang menarik perhatian setiap kali penganjuran MSAM ialah penglibatan sekolah-sekolah yang membawa para pelajar mengunjunginya. Ini selari dengan hasrat Permodalan Nasional Berhad (PNB) untuk memupuk kesedaran dan mendidik orang ramai terutama dalam kalangan generasi muda menyimpan serta melabur.

Awang percaya dengan pelbagai program yang diatur, setiap pelajar akan membawa pulang ilmu yang diperoleh, bukan sekadar cenderamata yang diterima. Sekurang-kurangnya, mereka kenal PNB dan institusi lain. Diharapkan juga, pelajar-pelajar yang berkunjung ke MSAM diberi panduan secukupnya, mungkin di­iringi guru dalam kumpulan kecil supaya mereka mendapat mesej yang lebih jelas di pameran itu.

AWANG – Cari patin selepas kunjungi MSAM