Justeru, Awang kecewa dan kesal dengan tindakan Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng yang begitu mudah menyifatkan apa yang berlaku hanyalah kemalangan di tempat kerja. Kenyataan itu bagi Awang hanyalah satu alasan untuk menutup sikap kerajaan negeri yang terus membiarkan pembangunan di lereng bukit.

Sebenarnya, pembangunan di kawasan berkenaan bukanlah isu baharu, malah sebelum ini pelbagai pihak sudah memberi teguran dan pandangan supaya projek-projek seumpama itu dihentikan.

Tetapi malangnya ia seolah-olah tidak dipedulikan. Mereka yang menentang projek tersebut akan dianggap tidak rasional dan sekarang tragedi sudah berlaku, apa hujah yang mahu diberikan oleh Guan Eng.

Bagaimanapun seperti biasa Awang percaya, kerajaan ne­geri Pulau Pinang tidak akan mengaku kelemahan pentadbiran mereka. Sebaliknya akan terus berusaha menuding jari kepada pihak lain dan jangan terkejut jika Guan Eng menganggap tragedi itu telah dipolitikkan.

Apapun diharapkan kerajaan negeri tersebut akan lebih terbuka dan memahami bahaya yang sedang menanti penduduk Pulau Pinang jika projek-projek pembangunan di kawasan lereng bukit terus dibiarkan. Cara paling terbaik, hentikan semua projek berkenaan sehinggalah kajian mengenai risiko dilakukan secara menyeluruh.

AWANG – Sedih dan kecewa.