Selain itu, pengorbanan juga perlu dilakukan untuk memelihara dan menjaga hak serta sensitiviti orang lain, menghormati agama, maruah dan budaya orang lain. Bertolak ansur dengan jiran dan ahli masyarakat.

Pengorbanan juga perlu dilakukan dengan prihatin terhadap masalah yang dihadapi masyarakat dan berusaha mengatasinya dengan mengamalkan budaya ziarah-menziarahi dan bertanya khabar. Bagi pengorbanan untuk negara, masyarakat perlu sentiasa bersikap positif dan menghindari gejala yang merosakkan negara.

Sebagai pengorbanan dalam masyarakat majmuk di Malaysia ini, masyarakat harus menjaga perpaduan kerana isu perkauman cepat merebak jika tidak dijaga. Kestabilan politik dan keamanan negara amat bergantung pada perpaduan masyarakat.

Menurut Imam al- Ghazali, golongan yang sanggup berkorban adalah Ahlul Najat iaitu orang yang selamat. Mereka hanya menunaikan amalan-amalan yang wajib dan meninggalkan larangan-larangan Allah. Hanya itu yang mereka kerjakan, tidak lebih dan tidak pula kurang.

AWANG – Jaga mulut, jaga hati.