Pernahkah anda dengar tentang SEBENARNYA.MY

Logo Kaji Selidik Pembaca

Pernahkah anda dengar tentang SEBENARNYA.MY ?

Pernahkah anda dengar tentang SEBENARNYA.MY ?




Sila respon kepada soalan di atas untuk menutup skrin ini

Show result

BISIK-BISIK AWANG SELAMAT - 23 OGOS 2017

BERMACAM kontroversi yang melanda Universiti Selangor (Unisel), universiti seliaan kerajaan negeri Selangor ini. Naib Canselor yang silih berganti pun masih gagal untuk memulihkan imej universiti berusia 18 tahun ini.

Awang dimaklumkan puncanya kerana universiti ini terlalu dipolitikkan. Pentadbiran Unisel bahkan didakwa dikongkong de­ngan kemahuan parti politik yang memerintah Selangor sekarang.

Perkara-perkara yang tidak sealiran politik mereka walaupun memberi manfaat kepada pelajar ditolak begitu sahaja. Selain itu, masalah yang lebih besar ialah hutangnya yang dilaporkan berjumlah RM345 juta.

Dan, semalam Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menyerbu pejabat Unisel bagi menyiasat dakwaan salah guna kuasa serta tatacara kewangan dalam penyelesaian pertikaian kontrak.

Sebelum ini, Menteri Besar, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali berkali-kali menafikan dakwaan itu setelah didedahkan oleh banyak pihak.

Harapan Awang agar kerajaan negeri melaksanakan ama­nahnya dengan bersungguh-sungguh. Segeralah atasi masalah Unisel ini. Universiti ini terlalu lama dibebani dengan kontroversi. Ini hanya menjejaskan reputasi dan prestasi kakitangan, pelajar serta universiti.

AWANG - Teringat janji universiti percuma.

Artikel Berkaitan
Video Pilihan
Artikel Lain