Mereka memperoleh visa urusan sendiri yang merupakan hak mutlak kerajaan Arab Saudi. Malangnya, pihak yang mengendalikan pemergian mereka didakwa hanya menyediakan penerba–ngan separuh jalan. Syarikat berkenaan juga tidak berdaftar de­ngan Tabung Haji sebagai Pengelola Jemaah Haji (PJH).

Tindakan bakal jemaah itu adalah di luar bidang kuasa Tabung Haji dan syarikat PJH tetapi sekurang-kurangnya mereka boleh merujuk kepada pihak berkenaan untuk mendapatkan khidmat nasihat. Setiap tahun Tabung Haji juga mengeluarkan senarai syarikat atau agensi yang dilesenkan. Buatlah pilihan yang tepat.

Satu lagi persoalan bagaimana bakal jemaah boleh keliru de­ngan penerbangan yang hanya berakhir di Dubai. Bakal jemaah sepatutnya memastikan beberapa perkara utama sebelum ke Mekah iaitu visa yang sah, tiket penerbangan dan penginapan. Langkah ini perlu bagi mengelakkan sebarang masalah.

Awang berharap, bakal jemaah haji atau umrah dapat memahami prosedur yang ditetapkan. Jadikan kes ini satu pengajaran.Lebih selamat menggunakan khidmat Tabung Haji dan syarikat yang dilesenkan. Tidak dinafikan, pada musim lalu, ada jemaah Tabung Haji terkandas berikutan isu visa dan penerbangan tetapi akhirnya jemaah masih berpeluang menunaikan haji.

AWANG – Syukur jadi jemaah muassasah.