Awang mengucapkan selamat bertugas kepada anggota Kabinet kerajaan Pakatan Harapan di bawah kepemimpinan Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad yang membuka era baharu kepada pentadbiran dan senario politik negara.

Awang percaya, rakyat kini berada dalam keadaan begitu te­ruja untuk melihat apakah pembaharuan-pembaharuan, dasar-dasar dan langkah-langkah yang boleh membawa mereka dan negara ini ke arah yang lebih baik daripada sebelum ini.

Dalam pada itu, Awang turut percaya, semua pihak termasuk parti pembangkang mahukan Malaysia ditadbir cemerlang de­ngan mengutamakan kepentingan rakyat sekali gus mengukuhkan kedudukan ekonomi negara.

Biar apa pun pegangan politik, akhirnya ia berbalik kepada perjuangan memberi kesenangan kepada rakyat yang telah memberi kepercayaan melalui undi pada pilihan raya umum lalu.

AWANG – Selamat menjalankan amanah rakyat.