Awang bersetuju dengan pandangan beliau yang juga Menteri Dalam Negeri bahawa rombakan besar-besaran secara dalaman perlu dilakukan tetapi tidak akan dihebahkan bagi mengelak salah sangka masyarakat.

Sememangnya itulah tindakan yang paling tepat. Hal ini ke­rana kita bimbang kalau dihebohkan akan mewujudkan persepsi mereka yang terlibat dalam pertukaran mempunyai masalah inte­griti.

Bagi Awang tidak kiralah apapun yang mahu dilakukan oleh PDRM bagi membersihkan pasukan tersebut, yang penting pendekatan terbaik mesti dilaksanakan. Ini memandangkan pasukan berkenaan tidak boleh selama-lamanya dipandang serong oleh masyarakat.

Tahniah kepada Ahmad Zahid dan pengurusan PDRM yang bersikap positif dalam membetulkan organisasi penguatkuasaan itu dari dalam. Awang yakin langkah tersebut akan menaikkan kembali imej pasukan tersebut yang sedikit tercalar berikutan penahanan beberapa pegawai dan anggotanya oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) baru-baru ini.

AWANG – Sokong PDRM, SPRM demi negara!