Walaupun telah banyak usaha dilakukan dan berbilion-bilion wang rakyat digunakan untuk memulihkan syarikat tersebut tapi berterusan gagal.

Dalam isu penyelesaian MAS ini Awang teringat kisah CEO Syarikat Japan Airlines yang pernah bankrap pada 2010 akibat pelaburan mengarut dan hutang melebihi 400 bilion yen. Tetapi ia berjaya dipulihkan oleh pesara berusia 77 tahun ketika itu, Kazuo Inamori.

Menarik tentang Inamori, beliau adalah seorang sami Buddha dan menegaskan antara kesilapan besar syarikat itu adalah sentiasa beranggapan kerajaan akan membantu di belakang. Inamori juga adalah pengasas syarikat elektronik ternama Jepun, Kyocera.

Resipi kejayaan beliau adalah mengamalkan praktis perniagaan di luar kebiasaan dan mementingkan orang ramai dan pekerja sebelum keuntungan. Paling menarik beliau tidak mengambil sebarang gaji bagi menunjukkan teladan kepada pekerjanya.

Contoh yang boleh dipelajari dari Inamori adalah jujur,amanah semasa berkhidmat selain jangan pentingkan diri tetapi sentiasa utamakan semua orang.

Mungkin MAS boleh banyak belajar dari cara pengurusan Inamori ini demi rakyat Malaysia yang masih terus menyayangi syarikat itu.

AWANG: Sentiasa belajar dan muhasabah.