Pilihan raya adalah ‘pesta demokrasi’, oleh itu ia perlu dilaksanakan secara demokratik, tertib dan lancar tanpa sebarang kejadian tidak diingini. Tetapi Awang tidak faham kenapakah ada kelompok yang mahu mencetuskan kekacauan.

Bagi Awang selain soal pelaku, apa yang lebih penting ialah polis perlu menyiasat siapakah dalang di sebalik perancangan jahat tersebut. Ini bagi memastikan tidak ada unsur-unsur campur tangan asing dalam hal ehwal politik negara dan paling buruk lagi mahu menghuru-harakan negara. Dalam soal ini, Awang berharap semua pihak yang akan bertanding dalam PRU-14 tidak akan menggunakan taktik kotor bagi meraih sokongan.

Apa pun Awang tetap yakin dengan kewibawaan PDRM dalam menangani isu ini. Justeru Awang berharap mana-mana pihak yang berniat mahu mencetuskan kekecohan sepanjang PRU-14 menghentikan ‘kerja-kerja bodoh’ mereka itu.

Percayalah tidak kira apa pun ideologi rakyat di negara ini, mereka sama sekali tidak akan menyokong apa jua perbuatan yang boleh menggugat ketenteraman Malaysia tercinta ini.

AWANG - Siar berita benar sahaja.