UMNO tidak boleh hidup dalam mentaliti lama dan amalan ­tertentu yang telah diketahui merosakkan parti ini.

Pemilihan kali ini harus berdasarkan kepada pemimpin mana yang diyakini dapat menjalankan tugas dengan baik, ikhlas dan bertanggungjawab dengan cabaran yang amat getir menanti di hadapan, bukan hanya tahu menyalahkan pihak lain apabila berlakunya kegagalan seperti kekalahan pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14) lalu.

Kekalahan teruk pada pilihan raya lalu memberi isyarat bahawa UMNO patut berubah dan tidak seharusnya meneruskan perangai lama. Tidak kira peringkat, ketua, naib ketua, dan exco-exconya perlu bekerja keras dan memperbetulkan apa yang tidak betul. Bukan sekadar bergantung kepada ketua dan yang lain selesa berdiam diri atau bercakap di belakang.

Sesiapa pun yang dipilih, ia bukanlah jawatan yang mahu dibangga-banggakan. Sebaliknya, yang dipilih perlu terus bekerja kuat untuk memulihkan semula imej, keyakinan dan kepercayaan orang Melayu dan rakyat Malaysia terhadap parti ini.

AWANG – Selamat memilih.