Awang percaya, situasi sebaliknya berlaku jika Muhyiddin berucap demikian semasa kempen Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14) lalu. Ketika itu, kebanyakan rakyat sudah tidak sabar-sabar nak menggantikan kerajaan Barisan Nasional (BN) dengan yang baharu. Sebab itulah, apa sahaja dicanangkan oleh pembangkang ketika itu disambut dengan penuh semangat oleh orang ramai.

Mungkin ramai sudah sedar, janji-janji kempen pilihan raya sekadar boleh dengar sahaja, masuk telinga kiri, keluar telinga kanan. Janji mahu menghapuskan tol selepas 100 hari mentadbir negara dalam manifesto PH semasa PRU-14 pun sampai sekarang belum dilaksanakan.

Lebih meragukan Awang, Menteri Kerja Raya, Baru Bian semalam memaklumkan, kajian oleh perunding bebas mengenai isu tol di negara ini masih berjalan dan dijangka siap hanya pada Mei. Justeru, hentikanlah main isu tol, Awang sudah menyampah mendengarnya!

AWANG - Tak bayar tol sebab naik motosikal.